Sunday, January 3, 2016

Alhamdulillah, syukuurrrr!

assalammualaikum.. akhirnya penantian selama 3 tahun tercapai juga.. i'm officially as a driving instructor🙊🙊😅 syukur ya Allah, terima kasih buat semua yg mendoakan kita.. perjalanan masih jauuuuuh.. 😘🙌🚗🚗🚗🚗

Thursday, September 24, 2015

Kenangan terindah♡

Assalammualaikum wbt..
Permulaan bicara.. cheewahh! Tak nak la dayu² sangat🙊 ai tak biasa uols😅

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, daku & rakan² berjaya akhiri ujian ulangan spim bahagian II di Johor Bahru pada 21/09/2015.

InsyaaAllah keputusan ujian tu akan keluar dalam tempoh sebulan lagi.. Besar harapan kami semua (terutamanya daku😅) agar lulus dengan jayanya ujian tu.. huhu tak sanggup dah nak hadap semua ujian tu 😅

InsyaaAllah ada rezeki ada lah ye.. nak kongsi kenangan paling indah berkursus di JB susah nak diungkapkan 😍 , tak tahu lah bila lagi kami akan berjumpa semula😔

Buat masa ni kami yang mana dah rapat tu hanya berhubungan melalui whatsapp, wechat & fb, maklum la kami semua bukannya datang dari satu tempat, datangnya berlainan negeri.. insyaAllah, semoga persahabatan yang terbina kekal berpanjangan hingga ke akhir usia.. nanti daku akan kongsikan berita gembira yang lain pula lah ye.. .sekian dulu setakat ni, tata👋👋😉

Wednesday, July 8, 2015

keputusan SPIM!

Assalammualaikum, akhirnya hari yang dinanti tiba jua huhuhu.. Dalam group whatsapp 2, 3 hari lepas masing² dah tunjuk result memasing, debar² menunggu result sendiri rasenya tak sedebar tunggu result spm keluar 😂
Satu yg boleh dikatakan.. kita dah usaha dan bertawakal kan.. rezeki tu ada cuma Allah belum nak beri, Allah nak daku usaha lagi dengan lebih kuat huhu..
Keputusan tu daku gagal untuk bahagian 2 (aaaa sedih , emosi)
InsyaaAllah lepas raya daku akan repeat semula bahagian 2 tu. 😢😢
Kipidap dongibab Aida! 😅😅

Sunday, May 24, 2015

Spim 2015/04

Assalammualaikum..

Macam lama bebeno rasa tak update blog ni.. Alhamdulillah yg pertama daku nak kongsi sedikit berita gembira, daku dah dapat panggilan kursus spim hehe.. dah selamat menjalani kursus selama 8 hari di LSA jalan tasek ipoh perak. InsyaaAllah keputusan samaada saya lulus atau gagal akan keluar pada mid julai nanti.. Besar harapan nak lulus hikhikhik

Share sikit pengalaman sepanjang kursus.. 3 hari dengo ceramah dr pagi sampai ke petang.. ngantuknya duhaiii.. Allah je yg tahu tapi kami semua gigih abaikan mata yg bagai digam² tu hihihhi demi untuk memahami apa yg akan kami hadapi dihari ujian huhu..

Hari latihan amatlah meletihkan dengan cuaca yg terik serta kemudahan kenderaan yg sangat terhad kami seramai 48 calon bakal pengajar dipecahkan kepada 4 kumpulan.. Alhamdulillah yg sukar dipermudahkan selama 3 hari latihan tu.. hitam legam usah dicerita la, kalau duduk sebelah Letchumy org akan ingat daku ni Devi hahaha nasib baik daku bertudung 🙊

Dugaan nak pergi ke tempat kursus macam² , dengan janji seorang sahabat nak beri pinjam motor tak jadi, dah dapat motor dari kakak angkat motor tak de cukai jalan pule huhu.. namun ku gagahi jua redah motor yg tak beroadtax itu.. nasib baik sepanjang 8 hari tu jalanraya clean & clear hihih.. disitu je daku tau Allah dah permudahkan segala urusan daku 😳 walaupun mungkin terlalu berisiko bila memandu motor yg tiada cukai jalan, dibuatnya daku accident huhu nauzubillah... mintak Allah selamatkan daku dunia akhirat ..amin.. terima kasih yang tak terhingga pada kakak angkat kesayangan daku (kak eisya) sebab bagi pinjam motor, sepanjang 8 hari tu jugak kite duduk kat rumah akak,  i love you kakak..

Akhir sekali .. berdebo² nak tunggu keputusan.. lulus ke gagal ke.. huhu.. ada rezeki ada la ye.. kalau gagal kite repeat balik ape susah (ayat menyedapkan hati huhu)

Ok ini saje perkongsian daku kali ini.. ape?? Resepi? Haha haha.. lama daku tak main masak² kikikiki.. insyaaAllah di lain waktu ade masa lagi daku share resepi pule🙊

Saturday, November 1, 2014

resepi kek lobak merah @ carrot cake :D

Assalammualaikum lama kite tak bersiaran kat sini kikikiki saje nak share resepi karrot kek yg sedap ya ampunn  1st time buat sendiri lepas makan kat rumah boss masa deepavali terus jatuh cinta dengan rase dia yg wallahh
Menceceh je, layan gambar kejap ye heheheh.. 

ni resepinya ya :
Bahan² :
250gm tepung gandum *ayak
1 sk baking soda *ayak
1/4 sk garam
2 sk cinnamon / serbuk kayu manis
4 biji telor A
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula halus (jika suka manis jadikan 1 cawan)
1 cawan walnut (dibakar seketika & dicincang halus)
2 sk esen vanila
2 cawan carrot parut
1/2 cawan gula perang / sugar brown
1 sb susu cair
Cara² :                              
Bahan 1- Satukan / gaul rata carrot parut bersama gula perang perapkan selama 30min, Ketepikan.
Bahan 2 - Dalam mangkuk lain (besar) pukul telor hingga kembang, masukkan gula halus, minyak jagung, eswn vanila dan pukul sebati, ketepikan.
3 - satukan tepung, baking soda, garam dan serbuk kayu manis, kemudian masukkan bahan (1) tadi, gaul rata, masukkan bahan² yg dah digaul rata ini kedalam mangkuk bahan (2) tadi, kacau secara kaup balik sahaja, akhir sekali masukkan walnut dan susu cair kacau rata. Bakar pada suhu 150°c selama 50 min.




:: Untuk topping sy buat mcm ni
Bahan²
Butter 125gm
Cream cheese 250gm
Gula icing 1/2 cawan
Esen vanila 1 sk
Lemon jus 1 sk
Susu cair 1 sb
Cara                       
Pukul butter hingga gebu, masukkan cream cheese pukul lagi sampai gebu, masukkan gula icing putar sebati sampai gebu, masukkan esen vanila susu dan lemon jus.. Dah siap sapu atas kek rata² lepas tu sy taburkan je walnut .. 
Pesanan penaja: abaikan deco yg ntah hape² tu kui³

Nota kaki: kalau suka kismis boleh add 1 cawan kismis semasa perapan carrot dan gula perang / sugar brown 

ok selamat mencuba !!! :D

Thursday, May 1, 2014

PUDING ROTI BERVANILLA SOS gituuuuu !!

Assalammualaikum ;)


ayarkkkkk !!! lama giler tak jengah blog kesayangan ai nim huhuhu.. bz nye yang teramat  ni uolss..
malas nak taip panjang², macam biasa lah kan..kalau dah tetiba update blog ni mesti le ada benda yang nak kongsi tu hi³.. okay.. kali ni ai nak kongsi resepi puding roti dengan vanilla sos.. ai tak pandai buat.. iyee mane gheti... semua ai main godek² je kat encik google tau... banyak giler resepi puding tu.. ko pilih je mana satu ko nak ikut.. gituuu ! kui³...  haa.. yang gambar kat bawah ni yang ai buat sendiri, resepi ai ikut resepi kat  sini tapi...tapi.. ai ade ubah sikit² laa.. resepi ai ni ade letak gula hangus kat permukaan puding tu so nampak la macam lawa ehh menyelerakan sikit ngeeeeee :D sila tengok gambar yee..

PUDING ROTI BERVANILLA SOS

okay.. sila² lah ye jengah link blog yang ai bagi tu.. ai malas nak taip pepanjang, uols jengah je link blog tu..kbai sekian saje entri kali ni haha (memang pendek entri  ai kan..kan..) wassalam :P

Wednesday, July 31, 2013

Setiap orang....





Setiap orang ada bahagian masing-masing. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Setiap orang ada waktu susah dan senang masing. Setiap orang akan lalui waktu derita dan bahagia.

Cuma waktunya tidak sama bagi setiap orang. Setiap orang akan diuji oleh-Nya.

Bila bercerita dengan orang tentang kesedihan kita, dengarkan nasihat yang di beri. Belajar untuk menerima. Bukannya di balas dengan “kau tak faham apa yang aku rasa. Dia tak faham apa yang aku rasa. Tak ada siapa yang faham apa yang aku rasa”. Kerana bukan kau seorang yang pernah melalui jalan itu.

Jangan merungut bila di uji kerana Allah pasti akan memberi ganjaran di kemudian hari. Dan jangan lupa untuk mengucapkan syukur bila di dalam kesenangan dan jangan leka kerana Allah boleh menarik segala-galanya dalam sekelip mata...."

P/s: Sesungguhnya aku amat bersyukur, redha & ikhlas dengan ketentuan Mu ya Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...