Friday, September 21, 2012

Daging Masak Taucu

As’salam tadi pagi dah update blog.. ni nak update lagi nak share resepi lah pulak.. dah lama tak masukkan  resepi dalam blog ni heheh… ok kali ni aida nak share resepi yang best jugak *semua resepi dalam blog ni best ye* :P ok jom tengok/baca resepi ni dan cara2nya..nanti boleh le korang cuba lak J

Daging Masak Taucu



Bahan-bahannya:
500 gm daging dihiris nipis
1 paket taucu (opah nur 90sen)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Serai 2 batang ketuk
2 cm halia *
2 biji bawang merah besar *
5 ulas bawang putih *
4 biji cili padi diketuk *
Cili merah 5-6 biji *
kicap pekat 1 sudu besar
asam keping 1 kpg
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus
Daun limau purut 3 keping
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis
(Kisar bahan bertanda *)


Cara memasak:
1. rebus daging sehingga empuk, ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, serai & bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing.
3. masukkan taucu, kicap pekat kacau sehingga sebati, dah tu boleh la dimasukkan daging yang telah direbus tadi kacau hingga sebati..
4. dah sebati masukkan sedikit air rebusan daging, sesuaikan rasa dengan garam, perasa dan asam keping..akhir sekali boleh la dimasukkan daun limau purut.
4. Angkat & sedia untuk dihidang.



Sekian selamat mencuba! J

1 comment:

  1. 1xbet korean – legalbet.co.kr
    1xbet korean – legalbet.co.kr. Is sports betting legal? Yes, it is legal in the country. All bets and offers 1xbet korean are checked in. There are three types of bets

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...