Assalammualaikum lama
kite tak bersiaran kat sini kikikiki saje nak share resepi karrot kek yg sedap
ya ampunn 1st time buat sendiri lepas makan kat rumah boss masa
deepavali terus jatuh cinta dengan rase dia yg wallahh
Menceceh je, layan gambar kejap ye heheheh..
Menceceh je, layan gambar kejap ye heheheh..
ni resepinya ya :
Bahan² :
250gm tepung gandum *ayak
1 sk baking soda *ayak
1/4 sk garam
2 sk cinnamon / serbuk kayu manis
4 biji telor A
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula halus (jika suka manis jadikan 1 cawan)
1 cawan walnut (dibakar seketika & dicincang halus)
2 sk esen vanila
2 cawan carrot parut
1/2 cawan gula perang / sugar brown
1 sb susu cair

Cara² :
Bahan 1- Satukan / gaul rata carrot parut bersama gula perang perapkan selama 30min, Ketepikan.
Bahan 1- Satukan / gaul rata carrot parut bersama gula perang perapkan selama 30min, Ketepikan.
Bahan 2 - Dalam mangkuk lain (besar) pukul telor hingga kembang,
masukkan gula halus, minyak jagung, eswn vanila dan pukul sebati, ketepikan.
3 - satukan tepung, baking soda, garam dan serbuk kayu manis,
kemudian masukkan bahan (1) tadi, gaul rata, masukkan bahan² yg dah digaul rata
ini kedalam mangkuk bahan (2) tadi, kacau secara kaup balik sahaja, akhir
sekali masukkan walnut dan susu cair kacau rata. Bakar pada suhu 150°c selama
50 min.
:: Untuk topping sy buat mcm ni
Bahan²
Butter 125gm
Cream cheese 250gm
Gula icing 1/2 cawan
Esen vanila 1 sk
Lemon jus 1 sk
Susu cair 1 sb
Bahan²
Butter 125gm
Cream cheese 250gm
Gula icing 1/2 cawan
Esen vanila 1 sk
Lemon jus 1 sk
Susu cair 1 sb
Cara
Pukul butter hingga gebu, masukkan cream cheese pukul lagi sampai gebu, masukkan gula icing putar sebati sampai gebu, masukkan esen vanila susu dan lemon jus.. Dah siap sapu atas kek rata² lepas tu sy taburkan je walnut ..

Pesanan penaja: abaikan deco yg ntah hape² tu kui³
Nota kaki: kalau suka kismis boleh add 1 cawan kismis semasa
perapan carrot dan gula perang / sugar brown
ok selamat mencuba !!! :D
No comments:
Post a Comment