Bila zaman berubah, ada ruang untuk kita menghasilkan peribahasa baru bersesuaian dengan peredaran zaman. Di sini aku berikan beberapa contoh perlibahasa yang mungkin releven:
- Bagai menunggu Anwar jadi PM - Sesuatu yang tak mungkin terjadi walaupun dah berulang kali janji benda yang sama. Contoh penggunaan: Menunggu kualiti internet di Malaysia setaraf dengan negara-negara maju adalah seperti menunggu Anwar jadi PM, memang sampai bila-bila mahal dan selalu disconnected.
- Ada ubi ada batas, ada C4 boleh balas - Pembalasan dendam haruslah dilakukan secara ultimatum. Contoh penggunaan: -masih lagi difikirkan-
- Bagai Siti Nurhaliza sudah berlaki - Wanita cantik/popular yang mengecewakan orang ramai disebabkan pilihan teman hidupnya (duda, tak kacak & sebagainya). Contoh penggunaan: Ibu artis X menasihati X supaya berhati-hati dalam memilih pasangan agar kelak tidak berlaku seperti Siti Nurhaliza sudah berlaki...
p/s : Sekadar bacaan ringan.. Korang jangan nak serius sangat pulak -___-'
ngeeeee…
copy paste from my idol blogger yang dah dikemas kinikan oleh haku ngeee..;p
No comments:
Post a Comment