as'salam..kali ni aida nak kongsi satu resepi masakan ayam yang memang jadi makanan kegemaran kami sekeluarga...kalau korang cuba masak dan rasa, aida gerenti korang akan jatuh cinta dengan makanan ini hehehe..(bagi yang suka masakan jenis bersantan)
ok tak nak taip panjang2...jom kite tengok apakah bahan2nya dan cara2 nak masak masakan nih..JOM!
bahan-bahan :
ayam - 8 pcs
lada hidup - 10 tangkai **
cili api - 15 biji **
bawang besar - 1 biji (sederhana besar) **
bawang putih - 4 ulas **
halia - 2cm **
kunyit - 1 cm **
serai - 1 batang (ketuk)
asam keping - 2 keping
santan - rm2
air - 1/2 cawan
dauin kunyit - 1 helai (racik)
daun limau purut - berhelai2 :) ikut lah nak banyak mana pon...
cara-caranya :
kisar bahan bertanda ** |
bahan bertanda ** yang dah siap dikisar |
1. tumiskan serai yang dah diketuk |
2. serai dah semerbak satu dapur boleh lah dimasukkan bahan kisar tadi.... |
3. tumis sehingga pecah minyak. |
4. dah wangi bahan tumisan tu masukkan ayam. |
5. kacau sebati |
6. masukkan santan |
7. tambah air bilasan dari blender |
8. biarkan mereneh/didih seketika..dah boleh letak daun limau purut dan dauin kunyit ye,..dah kering/pekat sikit then boleh lah diangkat ;)) |
No comments:
Post a Comment