Wednesday, November 28, 2012

Ayam Panggang Rosemary Yang walllahwehhhh :p

assalam kawan2 :)

 wahhh lame gile tak update blog wehh.... kan dah kate kalau update je tu ade le resepi baru yang tuan tanah mencuba kan...kan..kan...macam tak biasa lak muahahahah :p

ok lah jom kite tengok resepi ape kah..rosemary?? bukan ayam yang dipanggang oleh puan rosemary ye...tapi panggang ayam menggunakan herba dari negara "omputih" gitu keh..keh..keh... "rosemary leaves" gitu....kalau nak tahu mana asal usul herba ni dan nak tahu boleh ke tidak ditanam di malaysia ni, haaa...meh klik link nih >> SINI :) sambil tengok resepi sambil menambah ilmu pengetahuan gitu heheh.


dah..dah..dok pok pek je dari tadi..mai tengok gambo sikit hihihih...


sila klik sayang :)


haaa...amacam?? nak resepi? eehhh boleh je...resepi ni saya copy kat SINI tapi takde lah saya ikut sebijik2..ikut mana "dan" je heheh...ni resepi nya..

 AYAM PANGGANG ROSEMARY


Bahan:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar ~tak bubuh, lupa beli
2-3 sudu besar gula perang ~ aida ganti madu
2 sudu kecil garam
sedikit perasa 
2 sudu besar jus limau -aida ganti dengan cuka makanan
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun) -aida guna planta
5 biji kentang

lada benggala merah, hijau & kuning ~ aida tambah utk geng sayur2an

2 biji tomato ~ aida guna cherry tomato
6 biji baby carot ~aida guna carrot biasa je
sedikit mentega 
1 sudu besar cajun ~tak bubuh, pasal tak tahu ape menatang ni huhuhu

Cara penyediaan:

  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  2. Panaskan planta. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  5. Masukkan lebihan planta ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam peti sejuk beberapa jam.
  7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
  8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam. -aida panggang guna pemanggang ajaib :)

Tips :
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. aida gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat. yummy & so yummmyyyyyyyy beb!

sayur-sayuran..klik..klik...
ni lah rosemary leaves nye :)


sila klik sayang :)


ok selamat mencuba kawan2.. :)














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...