Monday, April 29, 2013

tiba-tiba tersuka Pandora uhuhuhuhu


hai, assalammualaikum.. lama tak update kan, hari ni nak update pasal Pandora je huhuhu. 
gara2 u, baity.. now, I add Pandora into my wishlist. hamboi.. demand banyak ni Puan Aida. Haha.

bracelet pn baity :D
Semalam 28 april ada kawan (baity rizal) post gambar bracelets Pandora (lawa gilos dan boleh lah diketegorikan sebagai “love at the first sight” giteww), (hasil google’an haku juga pandora ni jenama barang kemas nombor dua di dunia bermula di copenhagen, denmark, pada 1982 hasil usaha sepasang suami isteri yang menjadikannya terkenal di eropah. ia kemudian dibawa ke australia oleh seorang wanita denmark dan meraih nama di sana. begitu juga di amerika syarikat (as) yang turut diperkenalkan warga denmark yang mengembangkan lagi sayap perniagaannya dan kini, jenama terbabit berada di lebih 40 negara. 
walaupun pandora ni kedengaran agak mahal namun mereka yang sudah mengenali jenama pandora memang mudah jatuh cinta. pandora, terutama gelang tangan daripada koleksi moments yang juga aksesori paling terkenalnya boleh ‘dicipta’ sendiri. 
(copy paste)
"dicipta" sendiri disini bermaksud gelang ni kita sendiri yang create moments kita kat gelang ni berdasarkan charms yang dibeli. setiap charms ada meanings dia sendiri kepada si pemakai. ya lah, nak beli sepuluh charms letak kat bracelets dalam satu masa memang botak la kepala. so, beli a few charms untuk a few moments. jadinya, bracelets from pandora ni bukan sekadar hiasan kat tangan je, tapi mesti ada sentimental values. tu la istimewanya.

sebelum nak letak moments2 charms tu, kite kena beli dulu bracelets pandora ni. hum.. bracelets ni la yang mahalnya. kalau nak yang murah, amik yang leather punya. but, haku prefer silver lah. nampak class sikit. hehe. im not sure harga kat malaysia berapa kalau bracelets ni (berapa ye pn baity eheheh). kalau kat site pandora ni, paling murah pun dah usd 45. rm45 darab 3 something= botak kepala. kalau yang silver tu mahal pun dalam usd 350, standard dalam usd 90, 100 macam tu la. still botak kepala. tu kat us, belum masuk lagi market malaysia. plus cukai ntah pape. *sigh* rambut berguguran.

charms
contoh bracelet
charms pula memang seketul2 tu pun dah mahal. padahal kecik je. price untuk sebijik charms tu anggaran antara rm150 - 300. votak kepala beta. haish.
One day, bila dah mampu nak memiliki Pandora bracelets ni, beta nak kumpul charms penuh bracelets ni untuk every moments yang berharga.. *nafsu wanita*
bila lah nak dapat ni :(
walaupun orang cakap, baik beli emas je daripada beli benda alah ni. emas valueble lagi. ho-ho-ho. it's okey. emas tu lain cerita. ni pandora punya cerita. dua benda yang berbeza. eheheheh....

kalau nak testing2 boleh main2 kat sini ye eheheh your own design pandora :D

sekian saje cerita pasal Pandora :D


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...